Perak Hari Ini

Kanak-Kanak Derita Kepala Besar Bakal Dirawat di PPUKM

IPOH- Adik Nur Umairah Jannah yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus bakal di rawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Difahamkan, adik Nur Umairah Jannah Abdul Muhaimin mengalami penyakit hydrocephalus yang sangat teruk dan menyebabkan kepala beliau menjadi terlalu besar disebabkan terkumpulnya air otak.

Perkara ini telah menyukarkan penjagaan adik Nur Umaira dimana kini beliau terlantar di katil sahaja kerana saiz kepala yang terlalu besar dan berat.

Beliau yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu berada di bawah jagaan ibu saudaranya, Nurul Shafikah Zainuddin yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang

Dengan kerjasama dan keperihatinan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak, sebuah unit kenderaan ambulan dari jabatan berkenaan telah diluluskan bagi membawa adik Umaira ke PPUKM.

Pada peringkat awal, adik Umairah akan dibawa ke sana dengan menaiki sebuah MPV, namun bagi keselesaan adik Umairah yang perlu berada dalam keadaan baring, sebuah ambulans dari jabatan berkenaan telah digunakan.

Lebih memilukan, pada usia lapan bulan, Nur Umairah Jannah hanya mampu bermain sambil begelak ketawa dalam keadaan baring kerana keadaan kepalanya yang membengkak saban hari membataskan pergerakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");