Sukan Hari Ini

Kedah Tak Pandang Mudah Cabaran PKNP FC

ALOR SETAR: Kedah yang berjaya melangkah ke pentas final Piala FA musim 2019 ini tetap menganggap pertemuan menentang PKNP FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman esok satu cabaran yang sukar.

Ketua Jurulatih skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak berkata walaupun skuadnya akan beraksi di laman sendiri, beliau tidak mahu pemainnya menganggap mudah pada saingan esok memandangkan PKNP FC yang berada dalam zon penyingkiran pasti mahu mencari mata penting untuk mengubah nasib mereka.

“PKNP bukan pasukan yang mudah kerana mereka mampu beri cabaran sukar kepada kami dan oleh itu kami harus bekerja keras sepanjang perlawanan dalam usaha memburu kemenangan.”

“PKNP yang sangat memerlukan mata untuk keluar dari zon penyingkiran dan pastinya datang memburu mata penting di sini dan dalam 90 minit perlawanan apa-apa pun boleh berlaku dan jika kami lalai, kami boleh dihukum dan keciciran mata.”

“Hasrat kami adalah mahu teruskan momentum kemenangan dalam Liga Super yang menyaksikan perebutan kedudukan mata semakin sengit antara Selangor dan Pahang.”

“Jadi saya tetap mahu semua pemain terus fokus dan momentum kemenangan yang dikutip ketika aksi menentang PJ City di Stadium Darul Aman dan terdahulu PKNS FC di Stadium Shah Alam.”

Aidil Sharin juga berharap penyokong hadir memberi sokongan dalam baki empat perlawanan Liga Super ini.

“Empat perlawanan terakhir Liga Super sangat penting untuk kami tidak keciciran mata dan pada masa yang sama mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Darul Aman musim ini. ”

“Jadi saya harap penyokong Kedah akan hadir memberi sokongan kepada pasukan yang mengharapkan motivasi serta laungan semangat dalam mencari kemenangan.” katanya.

Kedah kini menduduki tangga ketiga Liga Super di bawah Pahang dengan mengumpul 29 mata hasil lapan kemenangan, lima seri dan lima kali tewas. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");