Perak Hari Ini

Kempen Setia Perakku Pertingkat Kesetiaan Penjawat Awam Terhadap Negara

IPOH- Kerajaan negeri telah melancarkan secara rasmi Kempen Setia Perakku yang mana adalah pertama kali diadakan khusus buat penjawat awam persekutuan serta negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata kempen berkenaan merupakan salah satu kaedah bagi kerajaan untuk mendekati penjawat awam disamping mendapatkan kepercayaan mereka.

“Kempen ini dilaksanakan selepas satu tahun usia kerajaan baharu dimana ada laporan yang diterima bahawa didalam kalangan penjawat awam sendiri masih ada lagi meragui dasar kerajaan sama ada persekutuan mahupun kerajaan negeri.

“Kempen ini adalah salah satu kaedah untuk kita menyampaikan kepada mereka dan selepas ini mungkin bakal dibuka satu sesi dialog dua hala jikalau terdapat rungutan atau candangan penambahbaikan kepada sistem kerajaan yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Kempen Setia Perakku bersama penjawat awam agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Negeri Perak di Kopleks KDN hari ini.

Dalam pada itu kata beliau, semasa ucapan beliau turut menekankan bahawa perlu adanya kesetian khidmat penjawat awam terutamanya kepada raja dan negara untuk memastikan apa yang dirancangkan oleh pihak kerajaan dapat direalisasi bersama dengan penjawat awam yang ada.

Tambah beliau lagi, kempen seperti itu akan diteruskan bersama kementerian yang lain dimana ada permintaan dari kementerian kesihatan kerana dibawah penerangan juga, pihaknya telah menjelajah sebanyak 12 daerah dan bertemu dengan pemimpin masyarakat.

“Melalui riak wajah penjawat awam sendiri, kita dapat lihat keikhlasan dan kepuasan apabila mendengar amanat yang disampaikan dan ada juga makluman positif dan diharap mereka dapat berkongsi kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir.

“Kita juga akan berada di premis-premis kementerian persekutuan dan kerajaan negeri jikalau ada yang memerlukan program sebegini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");