Berita Hari Ini

Kenyataan Dr M Isu Video Seks Berbahaya – Puad Zarkashi

Pemimpin Umno mempertikaikan kenyataan Dr Mahathir Mohamad berhubung isu video seks yang disifatkannya sangat bahaya apabila mendakwa perdana menteri seolah mengenepikan soal moral demi kepentingan politik.

Anggota Majis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sepatutnya soal mencari kebenaran harus menjadi keutamaan perdana menteri.

“Komen beliau (Mahathir) dalam blognya mengenai isu video Azmin-Haziq amat berbahaya. Pada beliau moral tidak penting dalam politik.

“Kerana pada Tun (Dr Mahathir), video itu bukan masalah moral. “Ia masalah politik. Saya akan selesaikan secara politik”. Apakah rakan rakan dalam PKR dan PAN (Amanah) setuju?

“Sepatutnya keutamaan beliau adalah kebenaran dan moral. Kalau kepentingan politik keutamaan beliau, tidakkah Dr Mahathir membiarkan negara ini dipimpin oleh orang yang tidak bermoral?” Soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir menulis di blognya yang beliau tidak mahu menjadi alat kepada perancang video lucah berkenaan yang bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin politik tertentu.

Walaupun tidak menyebut nama Timbalan Presiden PKR Mohamaed Azmin Ali secara khusus, pengerusi PH berkata “video ini dibuat dan ditular jelas untuk tujuan politik.”

“Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu,” kata Mahathir.

Pada 18 Julai lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan analisis Cybersecurity Malaysia mendapati video seks berkenaan adalah tulen, namun proses pengecaman wajah adalah negatif.

Bulan lalu, video seks sejenis yang menampilkan dua lelaki disebarkan oleh individu tidak dikenali kepada ahli-ahli politik dan wartawan.

Selepas itu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz tampil mendakwa beliau adalah lelaki dalam video itu dan mendakwa pasangannya adalah Azmin Ali.

Menteri hal ehwal ekonomi menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan video itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Dalam pada itu, Mohd Puad mendakwa kenyataan terkini perdana menteri itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini yang tidak akan membenarkan peliwat menerajui negara lapor MKini.

“Sedangkan dulu, Dr Mahathir pernah berkata saya tidak akan benarkan peliwat memimpin negara.

“Tun (Dr Mahathir) juga menyatakan Jepun maju kerana nilai. Sebab itu mereka menjadi bangsa bertamadun. Tetapi dalam kes video ini, kenapa bercanggah?” Soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");