Berita Hari Ini

Kerjasama MB Inc, RAC Beri Limpahan Pembangunan Di Ipoh

PUTRAJAYA: Perak bakal menyaksikan satu lagi pembangunan dalam tempoh 15 tahun menerusi kerjasama antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jalinan kerjasama berkenaan merupakan antara usaha strategik bagi membangunkan aset keretapi di negeri itu.

Selain itu jelas beliau, dengan termeterainya perjanjian berkenaan ia sekaligus membuka peluang dari segi pekerjaan, perniagaan dan pemilikan rumah bagi rakyat negeri itu.

“MoU ini akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam membangunkan aset termasuk tanah keretapi secara strategik, yang dilihat akan membantu kedua-dua pihak dalam meningkatkan hasil masing-masing.

“Kerajaan negeri melihat kerjasama ini harus dipertingkatkan, memandangkan tanah milik RAC akan mengurangkan kos pengambilan tanah yang sekaligus akan menghasilkan kos pembangunan yang lebih rendah.

“Selain melalui projek ini, pembangunan yang dirancang turut melibatkan pembinaan rumah mampu milik di dalam kawasan hab transit dengan fokus pembangunan di sekitar Stesyen Keretapi Ipoh,” katanya ketika ditemui Peraktoday selepas majlis menandatangani MoU antara MB Inc dan RAC di Kementerian Pengangkutan yang turut dihadiri Menterinya, Anthony Loke.

Ahmad Faizal dalam masa sama turut menyatakan bahawa pembangunan yang dirancang turut merangkumi pembinaan rumah mampu milik.

Katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan agar perumahan mampu milik diusahakan dibawah inisiatif Rumah Perakku.

“Fokus kita adalah untuk membangunkan ekonomi rakyat dan kerajaan negeri melalui MB Inc dan RAC sangat komited dalam memastikan nasib penduduk Ipoh terbela.

“Jadi menerusi projek ini, rakyat sudah tentu akan mendapat limpahan pembangunan disamping berpeluang memiliki rumah mampu milik di dalam kawasan bandar,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");