Perak Hari Ini

Kertas Cadangan Elaun Kritikal Bomba Sudah Dibentangkan

IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah membentangkan kertas cadangan ringkas berkenaan elaun kritikal anggota bomba kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Katanya dengan langkah tersebut beliau berharap agar perkara tersebut dapat segera dilaksanakan.

“Pada sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 Baginda menitahkan agar saya membentangkan kertas ringkas berkenaan elaun kritikal anggota bomba.

“Saya sudah serahkan semalam kerana saya tidak boleh tunggu lagi. Elaun kritikal ini harus dipercepatkan pelaksanaannya.

“Jika dapat Yang di-Pertuan Agong memberikan sedikit kata-kata kepada Perdana Menteri dan Insyallah diluluskan, saya amat berbesar hati,” katanya.

Sementara itu katanya kelewatan dalam usaha meluluskan cadangan tersebut adalah ekoran amalan birokrasi sesetengah jabatan kerajaan terhadap perkara itu.

“Sebelum mereka nak meluluskan elaun kritikal yang kita minta ini mereka mahu melihat standard dan merujuk pula kepada jabatan lain, untuk dilihat secara menyeluruh.

“Saya minta keprihatinan terhadap perkara ini kerana pekerjaan bomba ini lain daripada yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dalam lawatan kerjanya di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada bulan lalu media melaporkan bahawa Zuraida menyebut elaun kritikal anggota bomba sebanyak RM200 sebulan secara prinsipnya dapat dilaksanakan.

Beliau dilaporkan berkata, kementeriannya sedang menunggu kata putus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung pemberian insentif elaun khas itu yang sudah beberapa kali diusulkan, sekali gus bakal memberi manfaat kepada seramai 14,000 anggota bomba di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");