Berita Hari Ini

Kertas Siasatan Kes Jam Tangan Mewah Diserah Kepada AG

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan terhadap seorang setiausaha politik menteri berhubung kes menerima jam tangan mewah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata kertas siasatan berkaitan kes itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 10 Julai lalu.

“Kita sedang menunggu maklum balas (Pejabat Peguam Negara),” katanya menerusi kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Pada 1 April lalu, SPRM menahan seorang setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan jam tangan mewah bernilai RM28,000.

Setiausaha politik berumur 47 tahun itu direman empat hari sebelum dibebaskan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan berkata, SPRM sudah melepaskan setiausaha politik terbabit daripada siasatan menerima jam tangan mewah, sebaliknya dilaporkan dia membeli sendiri jam berkenaan.

Vui Keong dalam sesi soal jawab di Dewan Negara dilaporkan berkata, SPRM membebaskan setiausaha politik itu kerana dia dapat menjelaskan di mana dia mendapat wang untuk membeli jam tangan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");