Sukan Hari Ini
Like

KFA Terima 220 Permohonan Kenderaan Ke Final Piala FA

July 16, 2019
355 Views
0 Comments
1 minute read
KFA Terima 220 Permohonan Kenderaan Ke Final Piala FA

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerima 220 permohonan kenderaan (bas dan van) daripada penyokong yang membuat tempahan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA membabitkan Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 27 Julai ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan persatuan itu hari ini, KFA turut memaklumkan tarikh permohonan tempahan tiket bagi penyokong membabitkan bas dan van yang bermula pada 9 Julai lalu sudah ditutup Ahad lalu.

Menurut  Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Jusri Anuar Jamarudin jumlah permohonan sebanyak 220 kenderaan berkenaan adalah jumlah yang dicatatkan pihak KFA dalam tempoh enam hari iaitu dari 9 Julai hingga 14 Julai lalu.

“Dari jumlah itu, 178 permohonan adalah dari  kumpulan yang menaiki bas dan 42 permohonan pula adalah dari penyokong yang menaikkan van. Jadi jumlah permohonan yang diterima dalam tempoh yang ditetapkan itu adalah sebanyak 220 kenderaan.

“Pihak KFA yakin segala permohonan yang dihantar akan dapat dikendalikan secara telus dan profesional sebagaimana yang ditetapkan.

“Kami sedang meneliti setiap syarat dalam permohonan yang dihantar itu dengan teliti dan akan memaklumkan kelulusan kepada yang berjaya dalam secepat mungkin,” katanya.

Turut dimaklumkan dalam kenyataan media berkenaan adalah maklumat khas serta panduan daripada Malaysian Football League (MFL) berkaitan keadaan trafik pada hari perlawanan.

Selain itu, penyokong juga dinasihatkan mengelak daripada tiba lewat kerana dijangka lebuh 80,000 penyokong akan membanjiri SNBJ pada hari berkenaan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.