Perak Hari Ini

KPKT Bantu Para Ibu Raih Pendapatan Melalui Bengkel Latihan

IPOH- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPPT) telah mengambil satu inisiatif dengan memberi latihan untuk membantu para ibu dari Golongan B40 yang tinggal di kawasan Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

Dengan kolaborasi dari Syarikat Eastern Decorator dan cetusan idea dari pihak KPKT sendiri, bengkel latihan telah dijalankan kepada golongan tersebut iaitu dengan menyambung kain-kain perca untuk dijadikan sarung bantal atau cadar khusunya bagi barangan bilik tidur.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pada peringkat awal beliau telah menyuarakan idea tersebut dan berbincang dengan Pengurus Besar syarikat berkenaan supaya lebihan kain perca tersebut dapat dijadikan produk disamping membantu memberikan sumber ekonomi kepada golongan B40.

“Pihak Eastern Decorator telah menerima baik idea itu malahan telah memulakan program tersebut pada hari ini yang mana seramai 30 para ibu dari kawasan ini mula diberikan latihan sejak dari jam 10 pagi bagi menyambung perca-perca tersebut untuk dijadikan produk.

“Saya juga amat berhadap agar program ini dapat kita laksanakan pada peringkat permulaan dan untuk jangka masa panjang pula para ibu akan diberikan mesin untuk diletakkan di kawasan PPRT supaya semua golongan dapat mengambil bahagian menyambung perca dari pihak AKEMI dan akan dijadikan produk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa mengadakan lawatan kerja di Eadeco (Factory 2) iaitu kilang pengeluar barangan bilik tidur di kawasan Persiaran Perindustrian Kanthan 1, di sini, hari ini.

Katanya, kolaborasi bersama syarikat tersebut adalah salah satu tanggungjawab sosial yang mana pihak Eastern Decorator juga mahu membantu meningkatkan taraf hidup serta pendapatan B40.

“Saya sangat gembira kerana kita dapat membantu golongan ini disamping pengeluaran produk dari AKEMI yang sangat berkualiti tinggi yang mana seperti yang kita tahu, hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang menggunakan produk ini.

“Kita juga mahu memberikan kelebihan kepada golongan B40 supaya dapat tidur di bantal dan cadar yang lebih selesa kerana mereka juga berhak mendapatkan keselesaan di dalam tidur mereka,” katanya.

Tambah beliau, Eastern Decorator turut akan mengembangkan projek mereka kepada projek perumahan disamping turut mengambil bahagian dalam sektor pembinaan rumah mampu milik di bawah KPKT yang menggabungkan program ekonomi dengan projek perumahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");