Berita Hari Ini

Lebih 50 Pelajar Politeknik Keracunan Makanan

BALIK PULAU: Lebih 50 pelajar semester satu Politeknik Balik Pulau, di sini, dikejarkan ke hospital dipercayai akibat keracunan makanan sejak jam 4 petang tadi.

Difahamkan, semua pelajar berkenaan sebelum itu menghadiri program taklimat mengundi yang dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di politeknik itu.

Program terbabit bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.

Sumber berkata, seramai 207 pelajar semester satu menghadiri program berkenaan dan mereka dihidangkan makanan nasi ayam merah, telur bersama sayur kubis pada jam 11 pagi.

“Bagaimanapun, puluhan pelajar mengadu sakit perut kira-kira jam 4 petang dan mereka dibawa kenderaan jabatan politeknik dengan ditemani pensyarah untuk mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau, secara berperingkat.

“Setakat jam 10 malam ini, lebih 50 pelajar dibawa dan masih menerima rawatan di Hospital Balik Pulau,” katanya.

Ketika ini, BH sedang mendapatkan laporan rasmi dan pengesahan daripada pihak polis serta wakil pengurusan Politeknik Balik Pulau.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");