Berita Hari Ini

Letak Jawatan Jika Anda Terbabit Video Seks Gay, Anwar Beritahu Azmin

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, Azmin Ali perlu melepaskan jawatan dalam Kabinet jika video seks sejenis yang tersebar bulan lalu didapati sahih.

“Pada awalnya, saya katakan Azmin tidak perlu bercuti kerana ia peluru tembakan rambang. Sekarang ini perdana menteri sudah beri kenyataan baru bahawa terpulang kepada Azmin sendiri.

“Sekiranya video itu sahih, maka sepatutnya dia meletakkan jawatan, tetapi kita masih tidak dapat pengesahan.

“Kalau tidak sahih, saya tidak fikir Azmin patut meletak jawatan, bergantung kepada hasil siasatan,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berkata, terpulang kepada Azmin jika mahu mengambil cuti atau meneruskan tugas sementara menunggu siasatan polis dalam kes video seks sejenis itu.

Sehingga kini, polis menahan 9 individu dalam kes itu, termasuk bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz yang secara terbuka mengakui terbabit mengadakan hubungan seks sejenis di sebuah hotel di Sabah, Mei lalu.

Haziq turut menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam klip video seks itu, tetapi dinafikan timbalan presiden PKR itu yang menyifatkannya konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Selain Haziq bersama 5 individu lain yang sedang direman polis, 3 lagi suspek yang juga ahli PKR ditahan di Pasir Gudang, semalam termasuk Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang merupakan setiausaha politik Anwar.

Tetapi, Anwar hari ini menafikan spekulasi beliau ialah dalang di sebalik isu seks sejenis itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");