Panasnya Hari Ini

LHDN Tuntut Cukai Tambahan RM1.69 Bilion Daripada Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menuntut taksiran cukai tambahan RM1.69 bilion daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari 2011 hingga 2017.

Laporan daripada portal theedgemarkets.com berkata, perkara itu adalah berdasarkan dokumen mahkamah yang diperoleh pihaknya.

Ini selepas Najib gagal menjawab pertanyaan awal LHDN mengenai taksiran cukai tambahan sebanyak RM1.47 bilion pada Mac lalu, menyebabkan kenaikan 10 peratus sebanyak RM147 juta pada April dan kenaikan tambahan lima peratus sebanyak RM80 juta pada Mei.

Ia turut mengesahkan laporan berita oleh The Edge Financial Daily pada 1 April 2019 bahawa LHDN menambah cukai tambahan untuk tahun taksiran 2011 hingga 2017 kepada Najib sebanyak RM1.5 bilion.

Tuntutan saman itu yang bertarikh 25 Jun 2019, menyusul selepas notis taksiran tambahan pertama bertarikh 20 Mac 2019.

“Notis taksiran tambahan dihantar melalui pos berdaftar kepada defendan pada 25 Mac 2019 ke alamat terakhirnya yang diketahui oleh plaintif (kerajaan) pada masa itu.

“Notis taksiran tambahan tidak pernah dikembalikan kepada plaintif,” katanya.

Pegawai LHDN yg dihubungi enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

Tambahan 10 peratus pertama adalah selaras dengan Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 selepas Najib gagal membayar RM1.47 bilion dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis penilaian awal diserahkan.

Seterusnya, Najib gagal menyelesaikan jumlah yang diperbaharui dalam tempoh 60 hari di bawah akta yang sama, yang mengakibatkan kenaikan lima peratus kompaun.

“Plaintif mempunyai hak untuk mengambil balik cukai pendapatan yang masih terhutang, seperti kenaikan yang dikenakan ke atas defendan sebagai cukai yang perlu dibayar,” kata writ saman itu.

Tuntutan RM1.69 bilion bersamaan dengan faedah lima peratus setahun dari hari penghakiman hingga jumlah yang dipersetujui, dan apa-apa bantuan yang dianggap sesuai oleh mahkamah lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");