Berita Hari Ini

LTAT Jual Aset Kerana Najib Tinggalkan ‘Najis’ Kewangan, Kata Kadir

PETALING JAYA: Wartawan veteran A Kadir Jasin mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa menjual aset negara termasuk langkah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjual sebuah hotel di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura, disebabkan Najib Razak meninggalkan “najis” kewangan yang bertimbun.

Beliau juga membidas sesetengah pihak yang mengkritik langkah PH menjual harta negara, selain menegur seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi yang menghasilkan artikel menyalahkan kerajaan PH.

“Tapi kerajaan mana paksa LTAT beli konsesi AES bila projek pengawasan laju jalan raya itu tidak dapat dilaksanakan? Kerajaan BN. Sekarang kenapa salahkan PH kalau LTAT terpaksa jual harta?” soalnya dalam kiriman Facebook.

Pada Januari 2015, kerajaan BN bersetuju LTAT mengambil alih projek AES atau AwAS daripada Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Konsesi yang diuruskan oleh LTAT berkuatkuasa bermula pada 14 Januari 2015 sehingga 31 Ogos 2018.

Bagaimanapun 17 Ogos tahun lalu, kerajaan PH memutuskan perjanjian konsesi AES dan AwAS yang dikendalikan LTAT ditamatkan mengikut tarikh luput kontrak.

Manakala Februari lalu, LTAT terpaksa menjual Hotel Royale Chulan kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.

Dilaporkan Boustead, syarikat milik LTAT terpaksa menjual hotel ini kerana tabung tentera itu perlukan wang.

Kadir mempersoalkan mengapa pengkritik tidak menyebut usaha kerajaan membelanjakan RM17 bilion untuk menyelamatkan Tabung Haji dan RM6.23 bilion untuk selamatkan Felda.

“Kalau ia pun kerajaan PH jual aset, ia adalah aset perniagaan yang memang boleh dijual beli,” katanya.

Terdahulu, Abdul Muein berkata, fakta dalam artikel beliau berdasarkan laporan langsung daripada portal utama seperti The Edge Markets, Reuters, Astro Awani, Deal Street Asia, The Malaysian Reserve, dan pelbagai portal berita arus perdana dalam negara.

Kadir bagaimanapun mendakwa pensyarah UKM itu menyebar maklumat palsu, tidak lengkap dan membuat kesimpulan songsang mengenai kerajaan PH lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");