Sukan Hari Ini

Luahan Berbeza Perak, Kedah Buat Okabe

KUALA LUMPUR: Ketika persembahan cemerlang pengadil dari Jepun, Takuto Okabe pada aksi final Piala FA 2019, malam kelmarin mendapat pujian penyokong, namun luahan berbeza ditampilkan kem Perak dan Kedah.

Aksi final tampak berjalan lancar selepas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu berjaya mengawal permainan dengan baik namun tumpuan pastinya selepas dia melayangkan kad kuning kedua kepada pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan di hujung babak kedua.

Malah, tindakan Okabe mengecewakan pemain berusia 26 tahun itu selepas melihat dia tampak begitu tegas dengan keputusannya sekali gus memaksa Perak beraksi dengan 10 pemain sepanjang tempoh masa tambahan berlangsung.

“Pengadil luar lebih tegas dengan tindakannya, namun saya kecewa dengan tindakan pengadil yang tidak memberikan sebarang peringatan atau jawapan kepada kita sebelum melayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah.

“Apapun, saya mahu mohon maaf kepada semua penyokong Perak. Kami sudah memberikan yang terbaik namun bukan rezeki kita,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Kapten Perak, Shahrul Saad menegaskan dia tidak pertikaikan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan pengadil dari luar, namun dia lebih bersetuju sekiranya pengadil tempatan diberi kepercayaan mengendalikan perlawanan itu.

“Bagi saya, pengadil tempatan atau pengadil luar, sama sahaja. Tetapi saya lebih suka jika pengadil tempatan mewakili kita kerana mereka boleh mendapat pengalaman bagus beraksi di final. Mungkin kita boleh terus gunakan pengadil tempatan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, lain pula pendapat yang diberikan kem Kedah selepas jurulatih Helang Merah, Aidil Sharin Sahak dan kapten Baddrol Bakhtiar memuji prestasi Okabe sepanjang mengendalikan 120 minit perlawanan.

“Dia sangat adil dan tegas dalam membuat keputusan. Beberapa situasi di mana dia patut meniupkan wisel, tapi dia meneruskan permainan demi menjaga momentum perlawanan,” kata Aidil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");