Perak Hari Ini

Ahli Majlis MDTM Gesa Polis Siasat ‘Posting’ Di Facebook Adun

IPOH- Ahli Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) menggesa pihak polis untuk menyiasat satu ‘posting’ yang dimuatnaik di media sosial milik Adun Slim River, Datuk Khusairi Talib berkenaan dengan beberapa tuduhan fitnah.

Menurut satu kenyataan laporan polis yang dibuat, posting berkenaan boleh mencemarkan parti kerajaan khususnya dikalangan Ahli Majlis MDTM sendiri.

Katanya, pihak Ahli Majlis MTDM memandang serius terhadap tuduhan berkenaan kerana posting berupa fitnah tersebut telah dikaitkan dengan perbuatan diluar tabii yang melibatkan mereka dengan pekerja pelatih yang didakwa telah dicabul tetapi kes berkenaan telah ditutup.

“Disebabkan kes telah ditutup, beliau tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut dan katanya perkara yang sama mungkin akan berlaku terhadap kes di Sandakan (Azmin Ali dan Haziq Aziz) dan kes terbaru di Meru yang melibatkan exco negeri Perak,” memetik siaran Adun berkenaan.

Dalam pada itu, MDTM juga berharap agar pihak polis dapat menyiasat mengenai kebocoran maklumat minit mesyuarat penuh yang mana ianya masih belum dikeluarkan dan disahkan.

“Posting berkenaan turut menghina kewibawaan ahli majlis dengan tuduhan lain iaitu dengan membuat kenyataan bahawa undang-undang rimba sudah dibawa dalam mesyarat penuh ahli majlis.

“Kenyataan yang dibuat turut berkaitan dengan tugas MDTM yang merupakan tempat membuang sampah walaupun antara tugasnya adalah membersihkan sampah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");