Panasnya Hari Ini

Mou PAS-UMNO September Ini

KOTA BHARU: UMNO dan Pas akan menandatangani satu piagam bersama dan memorandum persefahaman untuk bekerjasama (berta’awun), 14 September ini.

Dalam satu kenyataan bersama membabitkan Setiausaha Agung kedua-dua parti, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka sudah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

“Untuk itu, kedua-dua parti sudah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang sudah digubal oleh jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini.

“Majlis menandatangani piagam itu akan diadakan pada 11 pagi, Sabtu ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, piagam itu akan ditandatangani sendiri oleh Presiden kedua-dua parti lapor Harian Metro.

“Majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin Umno dan Pas dari seluruh negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");