Berita Hari Ini

MPT Arah Tingkat Kebersihan Kolam Renang di Bukit Larut

TAIPING — Majlis Perbandaran Taiping (MPT) hari ini mengarahkan pemilik Kolam Renang Kemahkotaan di kaki Bukit Larut di sini supaya membaiki dan membersihkan mutu air kolam yang dipercayai berlumut dan kotor.

Ketua Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan MPT, Roslee Ahmad Rafiei berkata langkah itu perlu demi memastikan penggunjung selesa dan tidak menghadapi masalah apabila menggunakan kolam tersebut.

“Pihak MPT juga meminta syarikat pengendali kolam agar memastikan makanan yang dijual tidak tamat tempoh selain kebersihan tandas sentiasa dipantau agar tidak menyulitkan pengguna,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari.

Beliau mengulas mengenai tular laman Facebook terhadap kekecewaan penggunjung ke kolam tersebut untuk mandi setelah mendapati air kolam kotor dan berlumut, tandas berbau dan makanan seperti keropok telah tamat tempoh.

Difahamkan kira-kira 100 pengunjung berkunjung ke kolam renang tersebut setiap hari dengan bayaran masuk RM3 seorang.

Seorang pengunjung, Luqman Badarmunir, 13, berkata dia selalu datang untuk mandi di kolam itu bersama rakan kerana ia selesa dan dakwaan tular itu tidak tepat.

“Saya dapati kolam ini bersih dan tidak kotor seperti yang didakwa dalam tular itu,”katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi pengunjung, Zulhaikal Zul Rushdin, 17, turut sependapat bahawa air kolam itu bersih dan tidak mempertikaikan kebersihan air kolam itu.

Namun begitu katanya, tandas berhampiran kolam perlu sentiasa dibersihkan setiap masa kerana ia sedikit berbau dan tidak selesa kepada pengguna.

Sementara itu, jurucakap syarikat pengendali kolam renang yang enggan namanya disiarkan berkata viral dalam Facebook itu tidak benar memandangkan semasa kejadian hujan lebat dan pihaknya tidak membenarkan orang ramai mandi kerana ia berbahaya.

“Pada musim hujan air berlumpur merah dari sungai berdekatan akan mengalir berdekatan kolam itu dan kami terpaksa menutup operasi kolam renang kepada orang ramai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pada masa tersebut pekerjanya sedang membuang lumut di kawasan kolam itu dan apabila hujan lebat kerja itu terpaksa dihentikan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");