Sukan Hari Ini

Naib Juara Liga Milik Pahang

PAHANG sah muncul naib juara Liga Super musim ini apabila membenam FELDA United 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan bertemu Melaka United Sabtu ini, skuad kendalian Dollah Salleh mengumpul 40 mata dan sukar dipintas Kedah mahupun Selangor.

Memetik laporan Harian Metro, pada perlawanan itu, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import, Lazarus Kaimbi selepas menerima hantaran lintang Saddil Ramdani pada minit ke-14.

Bagaimanapun, pemain tengah The Fighters, S Chanturu menyamakan kedudukan pada minit ke-27 selepas menewaskan penjaga gol tuan rumah, Remezey Che Ros.

Pahang memperkuatkan jentera serangan apabila menyenaraikan Faisal Halim, Norshahrul Idlan Talaha dan Dickson Nwakaeme.

Pada minit ke-72, pertahanan import dari Perancis, Herold Goulon kembali meletakkan Pahang di depan selepas menanduk masuk bola ke gawang lawan hasil sepakan percuma Faisal.

Dua minit sebelum tamat, Nwakaeme menjaringkan gol ketiga untuk memastikan Pahang muncul naib juara liga musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");