Melalui posting Facebooknya hari ini, Najib menjelaskan, punca beliau tidak ke Istana Negara kerana tempat duduknya di tukar saat akhir kira-kira pukul 6.30 pagi semalam.

“Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang,” tulisnya.

Beliau menjelaskan, pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas Perdana Menteri tidak sama dan setiap jawatan ada protokolnya.

“Pakaian Orang Besar Pahang ada di Pekan, masa itu dah tak sempat hendak ambil di sana (Pekan, Pahang), tulisnya lagi.

Semalam merupakan Istiadat Pertabalan yang menyaksikan  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 manakala Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Raja Permaisuri Agong lapor Kosmo Online.