Perak Hari Ini

Nasihat Orang Lama Seperti Tun M Sangat Bertepatan

TANJUNG MALIM- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya orang Melayu bersatu padu di bawah satu parti.

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan bahawa sekarang adalah masa yang tepat dimana jika sesuatu kaum itu berpecah sebagai satu kaum majoriti, hal ini akan melemahkan kaum malahan negara.

“Saya kira setiap kita atau orang melayu mesti memikirkan sedalam-dalamnya nasihat yang datang dari seorang pemimpin agung dan seorang yang berpengalaman luas.

“Beliau tidak akan bercakap tentang untuk menstabilkan atau membesarkan parti beliau sendiri tetapi yang jauh lebih penting adalah orang Melayu perlu berada di dalam satu wadah bersatu padu.

“Jika dilihat betapa negara kita ditindas akibat penjajahan dari negara lain dan bangsa lain dimana beliau juga telah pernah melihat jatuh bangun sesebuah kerajaan, maka nasihat yang dibuat olehnya amat bertepatan sekali,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti bagi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah.

Katanya, jika orang Melayu berpecah-belah, maka akan menjadi lemah dimana sekarang sudah ada enam parti dan tidak lama lagi boleh sampai 10 atau 100 parti Melayu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ketika menghadiri satu Majlis Anugerah Gemilang di SMK Methodist, Tanjung Malim hari ini.

Dalam perkembangan lain kata beliau, pihak kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menamakan jalan di Perak dengan nama Mendiang Tan Sri Khoo Kay Kim sama seperti kerajaan negeri Selangor yang telah mengabadikan tokoh sejarawan dan akademik itu pada nama jalan.

“Kerajaan negeri sama sekali tidak meragui jasa yang diberikan oleh mendiang malahan ini adalah cadangan pertama yang saya dengar.

“Jika ada cadangan mengenai hal berkenaan, tentunya akan dipertimbangkan kelak,” katanya.

Terdahulu, Jalan Semangat di Petaling Jaya akan ditukar kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");