Membawang Hari Ini

Neelofa Mohon Maaf Rakam Filem Lion King

PELAKON dan pengacara popular, Neelofa menegaskan tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta, apatah lagi sebagai artis dia sangat menghormati akan harta intelek.

Menurut Harian Metro, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, memberikan kenyataan terbabit, selepas warganet membangkitkan isu pengacara program MeleTop itu memuat naik di laman Instagram beberapa saat rakaman filem Lion King yang ditonton di pawagam.

Isu dibangkitkan warganet itu menjadi besar apabila pihak pempamer iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas, turut memuat naik kenyataan dan bertanyakan ia membabitkan tayangan di pawagam mana serta menganggap tindakan itu melanggar undang-undang dan dipandang serius.

Pihak pempamer juga turut membuat laporan mengenai isu ditimbulkan kepada penerbit filem Lion King iaitu Disney.

Memberikan penjelasan yang turut dimuat naik di laman sosialnya, kata Neelofa sejujurnya tindakan itu dibuat kerana keterujaannya terhadap karya diterbitkan oleh Disney itu.

“Saya mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia menontonnya. Apatah lagi cerita terbabit sesuai menjadi tontonan seisi keluarga,” katanya.

Melihat dari sudut itu katanya, menyebabkan dia cuba berkongsi sedikit sedutan filem terbabit tanpa menyedari tindakannya itu menimbulkan pelbagai permasalahan.

Neelofa juga menjelaskan dia mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Saya mengharapkan umum belajar daripada kesilapan dilakukan ini supaya mereka turut berhati-hati pada masa hadapan dengan tidak mengulangi apa saya lakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");