Membawang Hari Ini

Netizen Meluat Kaka Azraff Megah Tayang Perut

Biarpun sarat membawa kandungan, Kaka Azrafftidak ketinggalan menghadiri festival muzik, Good Vibes Festival yang diadakan hujung minggu lalu. Banyak gambar dikongsikan Kaka ketika hadir ke majlis terbabit.

Pun begitu dalam keseronokkan peminat melihat gambar yang dikongsikan, ada pula mulut jahat netizen meluahkan rasa meluat melihat Kaka terlalu megah menunjukkan ‘baby bump’ beliau di media sosial.

Selain itu ada juga yang mendakwa, pakaian Kaka yang terlalu ketat pada ketika itu seolah sengaja bagi menampakkan perutnya yang sudah membesar sehingga berasa megah menayang dirinya yang sedang mengandung.

Tidak cepat melatah dengan kritikan netizen, Kaka memberitahu sejujurnya beliau berasa bangga dan teruja mempunyai baby bump buat kali pertama. Namun jelasnya, pakaiannya hanya mengikut kesesuaian acara.

“Ini kali pertama saya hamil, sudah tentulah rasa bangga dan teruja bila ada ‘baby bump’ tapi tidaklah sampai sengaja pakai baju yang terlalu ketat untuk tayang perut. Saya tak nak sorok tapi tak naklah terlalu menunjuk sahaja”

“Pemakaian saya pada waktu itu hanya mengikut kesesuaian acara sahaja,” jelasnya mengenai dakwaan netizen yang meluat melihat beliau menayang perut di majlis Good Vives Fetival baru-baru ini. (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");