Perak Hari Ini

 NGO Gesa 2 Exco Perak Bercuti Sehingga Siasatan Selesai

IPOH- Pertubuhan Rangkaian Organisasi98@ Reformasi Malaysia Cawangan Perak (Pro98) menggesa agar kedua-dua exco kerajaan negeri yang dikaitkan dengan beberapa tuduhan supaya bercuti dan melepaskan tugas hakiki buat seketika.

Setiausahanya, Sazali Shamsudin berkata, perkara itu disifatkan perlu dijalankan serta merta kerana laporan polis telah dibuat demi kepentingan dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan di negeri ini.

“Tindakan ini adalah wajar sekiranya dapat dilakukan segera oleh Menteri Besar seiring dengan manifesto pada PRU14 iaitu mengutamakan soal integriti kerana seseorang pemimpin yang berjiwa rakyat sewajarnya memikirkan perkara ini.

“Sebagai Malaysia baru, tindakan bercuti perlu diambil untuk memastikan siasatan yang dijalankan oleh PDRM tiada sebarang gangguan,” katanya ketika diitemui pemberita di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Pro98 hari ini telah menghantar memorandum bagi mempertahankan integriti dalam kerajaan PH Perak kepada Pejabat Menteri Besar Perak yang diwakili oleh Pegawai Tadbirnya, Hanita Alang Ismail.

Katanya sebagai sebuah NGO, mereka tidak mendokong mana-mana pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan kerana sikap berpengang pada integriti adalah lebih penting.

“Isu integriti menjadi polemik hebat dalam kalangan rakyat dan pemerati politik ekoran daripada beberapa kes terbaru melibatkan UMNO, BN, Pas dan PH,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya tidak menuduh exco berkenaan bersalah tetapi mahu mereka bercuti dan melepaskan tugas hakiki sebagai ahli mesyuarat kerajaan negeri buat sementara sehingga siasatan selesai dijalankan sepenuhnya oleh pihak berwajib

“Tindakan ini penting untuk memberi ruang kepada pihak berwajib supaya dapat melaksanakan tugas dengan bebas dan adil serta dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin berkenaan tidak cuba berselindung disebalik jawatan tinggi dalam kerajaan apatah lagi di belakang MB sebagai perisai pertahanan,” katanya.

Terdahulu, laporan polis telah dibuat terhadap dua orang ahli mesyarat kerajaan negeri iaitu laporan oleh pembantu rumah terhadap Paul Yong Choo Kiong dengan dakwaan pencabulan serta laporan keatas Abdul Yunus Jamhari dengan dakwaan telah membocorkan kertas minit mesyuarat MMK bagi mendapatkan komisyen dari dua buah syarikat pertanian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");