Membawang Hari Ini

Norman KRU Serah Borang Sertai PPBM

PETALING JAYA: Pengarah Urusan KRU Studios Sdn Bhd, Norman Abdul Halim menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli PPBM seumur hidup, hari ini.

Borang permohonan itu diserahkan kepada setiausaha politik perdana menteri, Abu Bakar Yahya dalam satu majlis di Putrajaya tengah hari tadi.

“Setelah Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM mempelawa orang Melayu supaya bersatu, Norman menyerahkan borang untuk menjadi ahli PPBM seumur hidup kepada saya hari ini,” tulisnya di Facebook.

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum tahun lalu, Norman dilaporkan bimbang akan disekat mana-mana stesen televisyen atau radio.

Penyanyi itu berkata, beliau tidak mahu mengambil sebarang risiko dalam memenuhi tuntutan stesen radio dan televisyen yang kebanyakannya di bawah pengaruh kerajaan.

“Ada artis sokong BN, ada juga yang sokong PH sama ada secara terbuka atau diam-diam. Saya pula lihat isu ini secara menyeluruh.

“Sebagai seorang yang berniaga, saya tidak boleh memberi komen menentang kerajaan. Ini akan memberi implikasi kepada kakitangan, artis dan anak murid di Akademi KRU,” kata Norman.

Jumaat lalu, Mahathir mempelawa semua parti politik Melayu menyertai PPBM bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Perdana menteri dilaporkan berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini berpecah kepada 6 parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");