Perak Hari Ini

Oleh Kerana Ia Khabar Angin, Ia Adalah Khabar Angin – Zuraida

IPOH: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan yang menyebut Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menyertai Parti Gerakan dalam masa terdekat tidak lebih hanya sekadar khabar angin.

“Oleh kerana ia khabar angin, maka ia adalah khabar angin,” katanya kepada pemberita dalam satu lawatan kerjanya ke Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini.

Ketika ditanya berkenaan dakwaan terdapat gerakan yang mahu menyingkirkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu daripada partinya, Zuraida berkata sekiranya ia benar ia bukan perkara yang mudah.

Katanya jawatan Azmin di dalam PKR kini adalah lantikan yang melalui proses pemilihan parti yang melibatkan seluruh anggota parti.

“Datuk Seri Azmin adalah Timbalan Presiden PKR. Dia dipilih oleh parti.

“Apabila dipilih oleh parti, dia tidak boleh disingkirkan sebegitu sahaja. Sekiranya ada komplot mahu menyingkirkan dia, ia tidak semudah begitu,” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Semalam media tempatan mendakwa terdapat khabar angin yang menyebut Azmin akan keluar daripada PKR dan menyertai Gerakan.

Laporan turut menyebut ia berikutan berlaku pergeseran antara Azmin dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa semakin meruncing ekoran tersebar video intim yang dikaitkan dengan Azmin.

Sebelum ini, juga tersebar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Azmin akan membawa 10 pemimpin PKR bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.

Namun, setiausaha politiknya Hilman Idham menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan cakap-cakap bahawa Menteri Azmin akan meninggalkan PKR itu merupakan satu fitnah yang dilakukan oleh mereka yang kalah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");