Berita Hari Ini

Orang Muda Perlu Rebut Peluang Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR: Ekonomi digital dan revolusi industri 4.0 (IR 4.0) yang menjadi tumpuan sektor perniagaan menyediakan peluang luas buat generasi muda meneroka pasaran tanpa modal besar tetapi mampu menjana pulangan tinggi.

Usahawan digital yang juga Ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia, Faizal Mukhtar, berkata bagi mencapai sasaran itu, ilmu dan pengetahuan diperlukan bagi membolehkan mereka meneroka peluang dengan cara betul dan tidak berisiko.

“Apabila ekonomi berubah ke dunia digital, kita kena lebih peka apa yang berlaku secara dalam talian. Dunia digital ini setiap waktu dan detik, memerlukan untuk kita peka dengan perubahan iklim terutama persekitaran ekonomi dunia yang semakin pesat.

“Kalau kita teliti iklim perniagaan dunia lima hingga 10 tahun lalu, ia sudah jauh berbeza dengan sekarang. (Sekarang) kita sudah bincang mengenai penggabungan perniagaan, IR 4.0.

“Mungkin ramai daripada Bumiputera masih belum dimaklumkan mengenai perkara ini. Apabila kita terlewat walaupun sedikit, kita akan ketinggalan lebih jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lintas langsung bersama BH sempena program Bicara BH, yang mengupas topik ‘Antara Tempang dan Tongkat’, disiarkan menerusi platform Facebook Live BH, hari ini.

Ditanya sama ada pemberian subsidi dan bantuan kerajaan diperlukan dalam memastikan peniaga dan usahawan Bumiputera ini boleh berkembang maju, Faizal berkata ia bergantung kepada keperluan pemohon dan usahawan itu.

“Tongkat (bantuan kerajaan) secara peribadi perlu jika mahu. Tongkat dan tempang itu hanyalah satu ilusi kerana yang sebaiknya ia perlu bermula dengan modal insan (kesedaran mengenai kemampuan diri).

“Mereka perlu menggunakan apa yang ada di hadapan mata kemudian membuat rangkaian dan jalinan keusahawanan dan perniagaan. Di sinilah sebenarnya modal (perniagaan),” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");