Perak Hari Ini

Padah Curi Tabung Masjid, Penganggur Dipenjara 6 Bulan

IPOH – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini kerana mencuri duit tabung masjid bernilai RM93.

Hukuman itu diputuskan Majistret Umzarul An-Nur Umar selepas tertuduh, Mohd Nor Azizi Mohd Nasir, 24, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh berkenaan didakwa mencuri dan memiliki harta curi tabung masjid yang didalamnya mengandungi not RM1 berjumlah RM93.

Kesalahan itu dilakukan di Masjid Jamek Medan Klebang Restu Chemor pada jam 8.30 malam, 1 Julai lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, EP Sittan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 1 Julai 2019.

Mengikut fakta kes, perbuatan tertuduh disedari dua jemaah yang kemudian membawanya kepada pengerusi masjid dan melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Hasil Pemeriksaan ke atas tertuduh menjumpai wang kertas yang tersimpan dalam poket baju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");