Sukan Hari Ini

Pahang Optimis Gelaran Naib Juara

PAHANG masih berada di landasan tepat untuk muncul naib juara Liga Super musim ini.

Itu rumusan penolong jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi walaupun pasukannya gagal mengutip tiga mata selepas seri 1-1 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Bekas pemain Pahang itu berkata pasukannya hanya perlu pamerkan aksi konsisten pada baki dua perlawanan lagi menentang FELDA United dan Melaka United di laman sendiri.

Melaka United yang kini menghuni di tangga ketiga liga dengan mengumpul 32 mata berpeluang memintas skuad Tok Gajah itu yang mengutip 37 mata jika menang baki dua perlawanan lagi sambil mengharapkan Pahang tewas dalam kedua-dua perlawanan.

“Kita akan memastikan pemain tidak melepaskan peluang terbaik untuk muncul naib juara dan kita akan cuba sehabis mungkin untuk memenangi dua perlawanan itu nanti.

“Kelebihan kita bermain di laman sendiri dan sudah pasti kita akan guna kesempatan ini untuk kutip sekurang-kurangnya dua mata lagi untuk mengesahkan kedudukan selaku naib juara Liga Super musim ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Mengulas lanjut, dia mengakui ketiadaan penyerang utamanya, Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami kecederaan hamstring sedikit menjejaskan barisan serangan.

Shaharuddin menegaskan jaringan menerusi pemain sayap Mohamadou Sumareh pada perlawanan itu bukannya gol nasib sebaliknya usaha keras pemain sepanjang 90 minit untuk memastikan tidak tercicir mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");