Perak Hari Ini

Pakar Bius Malaysia Meningkat

IPOH- Jumlah bilangan pakar dalam Anestesiologi dan Penjagaan Kritikal yang didaftarkan di Daftar Pakar Kebangsaan, Akademi dan Perubatan Malaysia pada Jun 2019 adalah 1086 orang dimana ia menunjukkan peningkatan daripada 681 orang pada tahun 2010.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Ding Lay Ming berkata, berteraskan tema persidangan tahunan Anestesiologi yang telah dijalankan selama empat hari iaitu fokusnya adalah mengenai cabaran pada tahun 2020-an yang mana perkembangan perubatan sains dilihat semakin cepat berkembang.

“Badan profesional memainkan peranan penting dalam membangunkan perkara ini supaya kami dapat menyampaikan perkhidmatan anestesia yang selamat di negara ini ke bahagian terpencil serta membawa penjagaan kesihatan dari segi pembedahan dan perioperatif kepada semua rakyat Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucapan mewakili Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia semasa Kongres Tahunan Anestesiologi di sini, hari ini.

Anaesthesiology merupakan pakar perubatan berkenaan dengan jumlah penjagaan perioperatif pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan dan Anestesiologi adalah doktor yang telah menerima pensijilan pascasiswazah dan latihan anestesiologi.

Menurut maklumat yang diterima, lebih daripada 900 perwakilan dan 34 industri bioperubatan telah menyertai kongres berkenaan disamping jawatankuasa penganjur telah menjemput 18 penceramah antarabangsa seperti Australia, Belgium, Jerman, India, Jepun, Korea, Labanon, Filipina, Singapura, Sri Lanka serta Amerika Syarikat malahan seramai 47 penceramah Malaysia yang pakar yang dihormati dalam bidang anestesiologi untuk menjalankan pelbagai program saintifik.

Semasa kongres berlangsung, Dr. Ding turut melancarkan Blok Saraf Periferal yang dikatakan amat relevan dalam amalan klinikal yang mana projek tersebut telah dimulakan pada akhir 2017 oleh Pengamal Akademi Perubatan Malaysia, Dr Azrin Mohd Azidin dan ahli pasukannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");