Berita Hari Ini

PAS: Pembangkang Tiada Keperluan Isytihar Harta

KUALA LUMPUR: PAS berpendapat bahawa tiada keperluan bagi ahli parlimen pembangkang untuk mengisytiharkan harta, memandangkan mereka tiada akses kepada projek-projek melibatkan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, partinya tidak akan menyokong usul tersebut kerana merasakan ia perlu diteliti terdahulu sebelum dibentang.

“Apa asas pengisytiharan harta? Negara kita dah ada undang-undang dan ada akta-akta cukup yang sedia ada. Hasil-hasil (pendapatan) masih kita lapor kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) setiap tahun.

“Saya fikir tak ada keperluan. Pembangkang tak ada akses kepada projek-projek kerajaan. Apa keperluan isytihar? Kalau pihak kerajaan betul (perlu), kerana ada akses kepada kerajaan untuk ambil projek

“Jangan gopoh, kita kaji implikasi. Jangan kita terdesak, kita buat nanti tarik balik. Kena teliti sebelum bentang,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan membentangkan usul di parlimen bagi mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS ada membincangkan perkara tersebut melalui mesyuarat pramajlis.

Selain merasakan tiada keperluan berbuat demikian, Tuan Ibrahim menambah pengisytiharan harta itu akan menjejaskan keselamatan harta dan individu tersebut, di samping akan menimbulkan rasa dengki terhadap pihak lain lapor MKini.

“Ia melibatkan isteri, anak-anak.. kalau kita lihat dalam Islam, hadis nabi sebut, Tuhan bagi kamu harta, jangan kamu heboh kepada orang ramai kerana dengki orang ramai.

“Soal keselamatan bila kita isytihar, keselamatan harta dan invididu perlu diambil kira,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");