Sukan Hari Ini

Ronaldinho Dilanda Krisis Kewangan

SAO PAULO, Brazil: Mahkamah di selatan Brazil menghalang bekas pemain Barcelona, Ronaldinho daripada menjual 57 aset hartanahnya berikutan kegagalan membayar denda membabitkan alam sekitar dan hutang-hutang lain, lapor akhbar Brazil, semalam.

Menurut BH Online, akhbar The Folha de S.Paulo berkata bekas Pemain Terbaik Dunia itu berhutang sebanyak $2.51 juta dolar AS (RM10.34 juta) susulan denda kerana membina sebuah dermaga secara haram di rumah tasiknya di Porto Alegre.

Selain itu, pemiutang juga sudah mengambil tindakan untuk mendapatkan semula $2.06 juta dolar AS (RM8.49 juta) tuntutan hutang-hutang lain.

Pihak berkuasa juga sudah menahan pasport Ronaldinho sehingga kes berkenaan diselesaikan, lapor akhbar berkenaan.

Seorang hakim di Porto Alegre memberitahu Reuters yang kes itu berada di bawah peraturan kerahsiaan kehakiman dan tidak akan mengesahkan atau menafikan sebarang butir mengenai laporan akhbar berkenaan.

Peguam Ronaldinho pula menafikan aset pemain sedang disekat tetapi memberitahu Folha de S.Paulo dia tidak dapat mengulas mengenai butiran kes itu kerana terikat dengan rahsia kehakiman.

Penyerang berusia 39 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada pentas bola sepak pada 2015 selepas mewakili beberapa kelab di Eropah dan negara kelahirannya.

Sepanjang kariernya, Ronaldinho memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali ketika beraksi bersama Barcelona dan turut menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil pada 2002.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");