Perak Hari Ini

Pembangkang Keluar Dewan, Dakwa Adun Salah Bawa Usul Ke Dalam Dewan.

IPOH- Sidang Dewan Undangan Negeri hari kedua menjadi kecoh apabila pihak pembangkang bertindak untuk meninggalkan dewan selepas satu usul yang dikemukan oleh Adun Malim Nawar, Leong Cheok Keng berupa satu penambahbaikan tanpa notis dan bukanlah satu usul.

Ketua pembangkang, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya mempunyai prinsip untuk tidak bersetuju dengan syor yang telah dibentangkan namun pihak mereka juga tidak mengemukakan sebarang bantahan kerana menurut beliau, sepatutnya usul tersebut boleh diluluskan begitu sahaja tetapi dilaksanakan dengan cara yang salah.

“Kami melihat bahawa ada perkara tersirat disebalik usul ini kerana menurut buku laporan PAC sendiri ada menyatakan laporan berkaitan MB Inc. mengikut prosedur dalam perintah tetap malahan buku ini hanya perlu dibentangkan di atas meja di dalam dewan.

“Memang speaker telah membacanya semalam, malah buku tersebut yang termasuk beberapa syor yang menyatakan bahawa tidak berlaku sebarang penyelewengan, salah guna kuasa, dan tiada duit yang hilang tetapi ada kelemahan dari segi pentadbiran dan pengurusan kerana jelas bahawa itu adalah perkara biasa,” katanya dalam satu sidamg media selepas pihak pembangkang mengambil keputusan untuk keluar dari dewan.

Katanya, berdasarkan kepada syor yang ketiga iaitu menjelaskan bahawa pihak pengurusan MB Inc. mencadangkan supaya laporan teraudit tahunan hendaklah disiapkan dan dibentangkan dalam dewan negeri pada setiap tahun diikuti dengan lima syor penambahbaikan yang telah dibentangkan dan tiada sebarang bantahan.

“Perkara ini bukan salah pengurusan lama, tetapi memang ada ketetapan bahawa enakmen MB Inc mensyaratkan MB Inc membentang penyata kewangan dalam dewan negeri sahaja kerana pada zaman BN ia tidak dibentangkan kerana ianya tidak disyaratakan, tetapi kini cadangan tersebut telah diusulkan supaya dibentangkan.

“Kita bersetuju, tetapi mengapa mereka menyusahkan diri untuk membawa perkara ini ke dalam dewan malahan usul yang dibawa oleh Malim Nawar bukanlah suatu usul, tetapi penambahbaikan, yang mana ia perlu dibawa bersama notis,” katanya.

Jelas beliau, hal ini menunjukkan bahawa meraka ada agenda tersendiri sehingga menunjukkan mereka sendiri tidak percaya kepada kewibawaan kerajaan yang sedia ada.

“Jika usul ini dilulus, maka kerajaan negeri dengan apa cara sekalipun perlu menjalankan usul ini tetapi jika tidak dilaksanakan, ia telah menjadi kesalahan kepada kerajaan kerena perkara ini telah diluluskan di dewan negeri dan itu adalah undang-undang.

“Sebagai pembangkang, kita bukan semberono, kita mahu sampaikan kepada mereka bahawa tindakan ini adalah salah sehinggakan Adun Keranji menggunakan Perkara 80. Pembahagian kuasa eksekutif, iaitu menggantung kuatkuasa perintah tetap dimana hanya speaker sahaja yang boleh menentukan usul tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");