Perak Hari Ini

Penempatan Polis Kian Usang Dimamah Usia

IPOH- Pasukan Gerakan Khas (PGA) menempatkan ramai pegawai berpangkat koperal yang menjalankan tugas untuk negara tetapi perkara yang tidak semua orang tahu ialah kediaman yang mereka sendiri huni kini dilihat semakin usang dimamah usia.

Ketika ditemui, maklumat mendapati bahawa blok bangunan yang mereka huni tersebut telah mula dibina sejak tahun 1967 dan blok bangunan yang paling baru dibina adalah pada tahun 1981.

Statistik mencatatkan seramai 2653 orang penghuni ditempatkan di sini sejak tahun lalu dengan jumlah keseluruhan mencatatkan sebanyak 27 buah blok tetapi sebanyak tiga blok sudah tidak digunakan lagi disebabkan faktor kerosakan yang lebih serius.

Menurut seorang koperal, kediaman yang didiami oleh beliau menghadapi masalah kebocoran tandas sehinggakan beliau terpaksa meletakkan payung bagi memastikan air yang turun dari kediaman tandas di tingkat atas tidak terkena penghuni rumahnya.

“Laporan telah dibuat beberapak kali, malahan tindakan untuk membaiki kebocoran turut diambil tetapi akhinya kebocoran tersebut masih sama sehinggakan payung yang kami gunakan juga telah ditukar hampir lima kali.

“Perkara yang paling berbahaya berlaku apabila mentol yang menyala meletup akibat terkena air malahan pendawaian juga menghadapi masalah,” katanya ketika ditemui pemberita menjelaskan mengenai masalah yang beliau hadapi.

Katanya, kebocoran tersebut telah berlaku sejak 10 tahun yang lalu dan beliau sendiri telah tinggal di kediaman itu sudah hampir 20 tahun tetapi keluargnya telah dibekalkan dengan sebuah lagi kediaman bersebelahan dengan kediamanyanng didiaminya.

“Pada pendapat saya, daripada dapat berpindah rumah, lebih baik masalah ini diselesaikan terlebih dahulu,” jelas beliau yang merupakan seorang berpangkat koperal yang mempunyai anak seramai lima orang.

Begitu juga aduan seorang lagi koperal yang mana kediaman yang dihuni oleh beliau bersama isteri dan lima lagi orang anak yang masing-masingnya masih kecil turut menghadapi masalah yang hampir serupa iaitu bingkai pintu yang semakin mereput.

Katanya, setiap tahun pengelenggaraan akan dilakukan tetapi disebabkan kediaman tersebut yang hampir mencapai usia empat dekad, menyebabkan kayuannya kian mereput apabila terkena air malahan menyebabkan ia berkulat.

Besar harapan mereka supaya kerosakan yang dihadapi tersebut mendapat perhatian dan akan dibaiki supaya mereka dapat satu kediaman yang selesa malahan selamat dari segala kebarangkalian yang tidak diingini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");