Perak Hari Ini

Penyokong Perak-Kedah Erat Silaturrahim Sebelum Perlawanan Akhir Piala FA

IPOH- Satu program diantara penyokong Perak FA dan Kedah FA diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dua pasukan gergasi utara tersebut.

Setiausaha, TBG Mobs, Mohd Shirin Adenan berkata, tujuan sambutan mesra bersama penyokong Kedah adalah bagi mencontohi Menteri Besar Perak yang juga Presiden Pafa yang pernah berkerja bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir dahulu.

“Kesinambungan hubungan ini diteruskan diantara penyokong gergasi utara iaitu Kedah dan Perak menjelang perlawanan akhir Piala FA dengan harapan kelab-kelab penyokong negeri lain dapat mencontohi perkara yang kita laksanakan pada hari ini

“Kita menyambut tetamu yang terdiri dari penyokong Kedah ini adalah untuk mengekalkan ukhuwah disamping jalinan silaturrahim diantara penyokong-penyokong yang ada seiring dengan penyatuan melalui sukan.

“Bola sepak adalah sukan utama, jadi tidak perlu ada provokoasi yang tidak baik kepada pasukan lawan malahan kita perlu mencontohin pasukan luar yang dihormati dan disegani melalui sukan ini,” katanya.

Dari kiri, Mohd Shirin Adenan, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, Mohammad Adhan Mat Aji,

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pertukaran jersi diantara dua pasukan yang disaksikan oleh Pegawai Khas, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh semasa Program Silaturrahim Menyambut Penyokong Kedah FA di Hotel Casuarina@Meru, di sini, hari ini.

Kata Mohd Hafez, sukan adalah satu agen perpaduan di antara penyokong dan negeri dimana kita boleh lihat di media sosial MB Perak dan MB Kedah masing-masing berbalas pantun dan usik mengusik sesama sendiri.

Tambah beliau juga, aspek membuang sampah juga perlu ditik beratkan bagi menunjukkan adab kesopanan sebagai satu negera yang aman.

“Sebagi penyokong yang prihatin, kita perlu menyediakan plastik sampah supaya diakhir perlawanan smpah-sampah tersebut boleh dikutip malah dapat menunjukkan tanggungjawab terhadap negera,” katanya.

Dalam pada itu, hari ini juga, sebanyak 40 buah bas penyokong telah berlepas dari Stadium Perak terus ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");