Perak Hari Ini

Perbadanan Sukan Pastikan Fasiliti Dapat Tambah Aktiviti Ekonomi Rakyat.

IPOH- Dengan penubuhan Perbadanan Sukan Negeri Perak, kerajaan negeri menjangkakan bahawa segala fasiliti sukan tidak akan menjadi beban kepada rakyat tetapi bakal menambah aktiviti ekonomi kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata, pada tahun 2014 hingga 2017, perkara ini telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu tetapi belum mendatangkan hasil.

“Pentadbiran kini telah mengadakan pelbagai usaha bagi melanjutkan perkembangan perkara ini meskipun Perbadanan tersebut masih lagi dalam proses penelitian untuk diwujudkan malahan, kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan prasarana sukan di negeri ini masih lagi dilaksanakan dan dijalankan seperti biasa.

“Sekarang berada di draf ketiga iaitu modal pengurusan fiskal iaitu cara mengawal selia kemudahan yang sedia ada dimana dapat menunjukkan ketetapan dan persetujuan yang telah dihadiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media tambahan bagi menjawab soalan Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, di sini, hari ini

Tambah beliau, satu Sekretariat telah diwujudkan bagi mengkaji mekanisme yang bersesuaian bagi tujuan penyelenggaraan dibawah pengelolaan Perbadanan Setiusaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) iaitu Unit Khas Penubuhan Perbadanan Sukan Negeri Perak yang akan memulakan kerja penubuhan dari segi lantikan anggota tertinggi untuk proses yang diperlukan.

“Penubuhan sekretariat pasti akan melancarkan lagi pertubuhan Perbadanan Sukan Negeri Perak bertepatan dengan hasrat utama kerajaan negeri untuk mengubah Kompleks Sukan Ipoh daripada sebuat ‘cost centre’ kepada ‘sosial responsibility profit centre’ yang sekaligus dapat menjimatkan beban kerajaan dari segi kos pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti-fasiliti sukan terbabit.

Jelas beliau, dianggarkan kemudahan tersebut telah membawa pulangan dari segi sewaan sebanyak RM1 juta kurang dari setahun tetapi hakikatnya kos sewaan hampir RM4 Juta yang telah menjadikan ia sebagai satu beban yang besar terhadap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Perkara ini adalah untuk memastikan tiada kerugian akan ditanggung oleh rakyat lagi malah dengan harapan untuk memberi satu unjuran hasil yang akan memanfaatkan semua rakyat Negeri Perak.

“Kita tidak mahu ulangi kesilapan terdahulu yang membuat keputusan secara terburu-beru sehingga perkara tersebut perlu dipinda.

“Peranan Perbadanan akan diperluas supaya dapat mengurus dan mengawal selia keadaan fizikal fasiliti sukan tersebut, malah dapat memastikan kelestarian model jana dananya selari dengan wawasan ekonomi masa hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");