Perak Hari Ini

Perlaksanaan MPF Mampu Menjaga Kesejahteraan Alam Dan Awam Menjelang Tahun 2022

IPOH: Penternakan khinzir dilihat sebagai sesuatu yang menganggu kesejahteraan alam dan awam kerana perkara tersebut dilihat mampu menyebabkan pencemaran alam sekitar disamping menjadikan persekitaran dipengaruhi oleh bau yang busuk.

Pengerusi Jawatankuasa Bipartisan (Perladangan Khinzir Negeri Perak), A.Sivanesan berkata, penguatkuasaan ‘Modern Pig Farming’ yang merupakan kerjasama kerajaan negeri serta Jabatan Veterinar dilihat mampu menjaga kesejahteraan alam dan awam melalui pengwujudan ladang ternak yang mesra alam.

“Dengan jumlah keseluruhan 109 ladang khinzir di negeri Perak, bukanlah satu perkara yang mudah bagi pihak Jabatan Veterinar untuk memantau segala aktiviti yang dijalankan oleh pemilik ladang.

“Melalui Enakmen Perladangan Khinzir dengan pendekatan MPF ia akan dapat memberi garis panduan yang jelas kepada penternak bagi memastikan aktiviti di ladang dijalankan dengan teratur, sempurna dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Perlaksanaan MPF dianggap mampu menjadikan sistem pengurusan akan lebih sistematik dan dapat mengawal pencemaran udara, sungai, masalah bau busuk dan lalat disamping mampu mengawal wabak penyakit daripada berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media sempena program “MPF Roadshow 2019” peringkat negeri Perak di MH Hotel, hari ini.

Menurut Sivanesan, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri Perak, hasil perbincangan dengan pihak penternak, mereka secara keseluruhannya bersetuju dengan pendekatan MPF yang akan digunakan.

“Selepas ini, ladang yang menerima dan mematuhi sepenuhnya pendekatan MPF serta segala peraturan wajib yang ditetapkan oleh jabatan dan agensi terlibat sahaja yang boleh beroperasi, bagi yang gagal memenuhi segala syarat mereka terpaksa menutup ladang mereka.

“Kita berharap agar segala masalah berkaitan khinzir dapat diselesaikan menjelang 2022 dan diharapkan juga kerjasama yang penuh dapat diberikan dari semua agensi serta jabatan yang terlibat bagi memastikan ia berjaya.

“Konsep ini dilhat lebih mampan dan lestari untuk diketengahkan dalam sektor perladangan tersebut,” katanya.

Pada perkembangan sama, perlaksanaan MPF ini juga menunjukkan bahawa pihak kerajaan negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sangat serius dan tegas dalam menangani isu-isu berkaitan di kalangan masayarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");