Berita Hari Ini

Pindaan Perlembagaan BERSATU Mantapkan Parti – Muhyiddin

SERDANG: Pindaan Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang akan diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas yang sedang berlangsung sekarang penting bagi menentukan hala tuju parti lebih jelas, mantap dan kukuh pada masa depan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan perlembagaan berkenaan akan membolehkan BERSATU akan terus mara ke hadapan dan melaksanakan tanggungjawab lebih besar diamanahkan oleh rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Beliau berkata pindaan berkenaan juga membolehkan BERSATU meneruskan wadah memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera dan agama Islam.

“Oleh sebab itu kita akan pastikan pindaan berkenaan bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Bagaimanapun, pindaan Perlembagaan seperti ini bukannya muktamad, perhimpunan ini bukan terakhir.

“Kita akan lihat dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan terbaru yang memerlukan kita meneliti fasa tertentu yang memerlukan penambahbaikan dan pengubahsuaian.

“Sebab itulah harapan saya supaya majlis pimpinan tertinggi parti hari ini dapat meluluskan semua usul dan pindaan Perlembagaan BERSATU yang akan dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebentar nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Perhimpunan Agung Khas BERSATU di sini pada Sabtu, lapor BH Online.

Perhimpunan khas berkenaan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU , Tun Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri oleh 855 perwakilan dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pindaan berkenaan akan menjadikan BERSATU sebagai sebuah gerakan politik yang sudah melalui proses transformasi untuk menentukan perjuangan parti berkenaan menjadi lebih mantap dan kukuh.

“Apa yang lebih penting, kita mahu BERSATU menjadi satu gerakan politik yang sudah melalui proses transformasi ke arah memantapkan dan memperkukuhkan perjuangan kita.

“Kita juga perlu memperingatkan diri kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat selari dengan slogan parti iaitu Bersatu, Beramanah dan Bermaruah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");