Berita Hari Ini

Polis Siasat Dakwaan Hina Nabi Muhammad Di Facebook

Polis Daerah Timur Laut hari ini telah membuka satu kertas siasatan susulan 11 laporan polis yang diterima di George Town berhubung dakwaan menghina Nabi Muhammad dalam satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang hari ini berkata laporan-laporan polis yang diterima sejak semalam hingga hari ini itu meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun facebook itu untuk menjaga ketenteraman awam.

“Siasatan awal mendapati pengguna facebook yang menggunakan nama Wendy Loong itu telah memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad,” katanya di George Town.

Menurutnya akaun itu gagal dikesan dan dipercayai telah dipadamkan namun polis akan meneruskan usaha untuk mengesan pemiliknya.

“Kes ini disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");