Berita Hari Ini

Polis Tahan Farhash Sebab Nak Beri Tekanan, Dakwa Adun PKR

Polis didakwa menahan reman Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador kerana mahu memberikan tekanan terhadap pihak yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kes video dikait dengan pimpinan parti itu.

Adun PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata demikian dalam suatu kenyataan hari ini yang turut menggesa polis menunjukan sikap profesional dan tidak berat sebelah dalam menyiasat Farhash.

Kata Adun Hulu Kinta, berdasarkan Akta Komunikasi, Farhash yang juga setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak perlu dikenakan tahanan reman.

“PKR Perak tidak campur tangan dalam siasatan tetapi polis Bukit Aman harus. Namun, pihak polis juga tidak boleh mengamalkan sikap ‘double standard’ serta diskriminasi”.

“Adakah logik polis Bukit Aman untuk menyiasat siapa yang menyebarkan padahal mereka tidak menjurus siasatan siapa yang terlibat secara langsung dan pelaku dalam adegan video seks luar tabii tersebut,” dakwanya.

Arafat yang juga ketua PKR cabang Tambun berkata: “Rakyat hendak tahu pelaku dalam adegan video seks tersebut.”

Hari ini, dua lagi individu dilaporkan ditahan berhubung siasatan video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, maklum Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, lapor agensi berita nasional.

Bernama melaporkan Abdul Hamid berkata kedua-dua mereka ditahan di Shah Alam semalam.

Katanya, siasatan berhubung kes itu sedang giat dilakukan mengikut dua sudut iaitu kesahihan dan pelaku serta siapa yang membuat dan menyebarkan video berkenaan.

“Kita siasat siapa yang bertanggungjawab dan tidak mahu tersilap dalam mengambil tindakan…difahamkan ada suspek yang akan tamat reman dan kita akan sambung reman untuk siasatan lanjut,” katanya, petik Bernama.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Lima daripada mereka yang ditahan bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung kes video seks telah dibebaskan.

Beliau berkata kelima-lima mereka yang ditahan pada Ahad lalu, dibebaskan selepas perintah reman mereka berakhir.

Perintah reman selama enam hari ke atas Haziq, yang merupakan bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, dijangka tamat tempohnya hari ini.

Terdahulu, mahkamah mengurangkan perintah reman selama lima hari mereka kepada empat hari.

Sementara itu, Huzir berkata Farhash masih dalam tahanan.

Farhash ditangkap bersama dua suspek lain di Pasir Gudang, Johor pada Selasa lalu.

Sebelum ini, ketua polis negara berkata siasatan mendedahkan wujudnya “pakatan jahat” yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk mengaib dan merosakkan reputasi Azmin.

Beliau juga mengesahkan video intim tersebut adalah tulen berdasarkan hasil analisis CyberSecurity tetapi proses pengecaman muka gagal untuk menentukan lelaki yang bersama Haziq melakukan tindakan seksual itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");