Berita Hari Ini

Polis Tahan Individu Disyaki Terlibat Bikin Video Seks Kaitkan Menteri

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa individu termasuk ahli parti politik, NGO kerana disyaki terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video seks dikaitkan dengan seorang menteri.

Bernama melaporkan Abdul Hamid berkata wujud konspirasi, pakatan tertentu dalam pembikinan, penyebaran video seks yang dikaitkan seorang menteri untuk menjatuhkan seseorang yang tidak dinamakan.

Abdul Hamid juga dipetik Bernamamenjelaskan pihak berkuasa juga telah mengenal pasti dalang di sebalik pembikinan, penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri itu.

Dipercayai ia berkait dengan klip video melibatkan Menteri Hal Ehwal EKonomi Mohamed Azmin Ali.

Pada 12 Jun lali, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui dirinya terlibat dalam hubungan seks sejenis mendakwa pasangannya ialah Azmin selepas satu rakaman video menjadi tular.

Haziq mendakwa rakaman itu dibuat tanpa keizinannya di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Sementara itu, The Star pula melaporkan Abdul Hamid berkata pihak polis masih sedang menyiapkan siasatan mengenai kes seks video ini.

“Kami masih menunggu hasil ujian makmal bagi menentukan kesahihan video tersebut.

“Kami telah menghantar kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya sebanyak dua kali. Setiap kali, ia dihantar balik untuk siasatan lajut, terbaru pada Khamis,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Rumah Kediaman Blok Melati di Keramat Wangsa Kuala Lumpur malam tadi.

Abdul Hamid dipetik The Star juga berkata daripada beberapa tangkapan yang dibuat pihak polis, beberapa individu yang ditahan telah dilepaskan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");