Berita Hari Ini

Polis Teruskan Siasatan Kes Kematian Penuntut UiTM

JEMPOL: Polis tidak menghentikan siasatan terhadap kematian penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Raub, Pahang, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani yang ditemui dalam tangki air di FELDA Palong 12, walaupun kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata bagaimanapun setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

“Untuk menutup sesuatu kes memerlukan masa atau sehingga polis berpuas hati tiada unsur jenayah dan seperti kes ini, walaupun diklasifikasi sebagai mati mengejut siasatan tetap berjalan.

“Cuma polis belum mendapat petunjuk baharu bagi mengaitkan kejadian ini sebagai kes jenayah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Muhammad Aiman Hakim yang juga penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik di UiTM Raub hilang 9 Julai tahun lalu.

Pada 25 Mac lalu, kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menemui rangka manusia terapung dalam tangki air SAINS di FELDA Palong 12.

Hasil ujian asid deosiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan rangka itu milik Muhammad Aiman Hakim Mat Ani.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");