Perak Hari Ini

Rakyat Jelas Bergantung Kepada Kerajaan Sejak Dahulu Lagi

IPOH- Sama ada kita sedar atau tidak, kebergantungan rakyat kepada kerajaan dari segi pemberian bantuan keusahawanan atau apa jua bantuan adalah sangat tepat.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Hatta Md Ramli mengeluarkan satu kenyataan dimana sikap rakyat yang bergantung kepada bantuan kerajaan dilihat sebagai antara punca Bumiputera kurang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Hatta berkata demikian apabila menjawab pertanyaan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang memintanya menjelaskan apakah sebab Bumiputera kurang menjadi usahawan serta perlukah silibus pendidikan di sekolah dirombak untuk menerapkan ilmu keusahawanan sebagai subjek tetap dan wajib lulus.

Perak Today hari ini mendapatkan sedikit ulasan dari beberapa usahawan yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi menjawab persoalan mengenai usahawan Bumiputera ataupun secara khususnya usahawan Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan dalam menjalankan perniagaan.

Seorang usahawan IKS, Muhammad Al Fikhry berkata, memang benar usahawan kecil Melayu bumiputera tidak mampu pergi jauh (mengembangkan perniagaan) tanpa bantuan dari kerajaan dan akhirnya akan tetap berkerja dengan cara makan gaji kerana kebanyakkannya tiada ilmu yang mencukupi.

“Masyarakat sebenarnya perlu sentiasa mendokong antara satu sama lain dimana jika dilihat bagi usahawan kecil, mereka kebiasaanya berniaga dengan untung yang sedikit kemudiannya menggunakan hasil keuntungan tersebut tanpa memikirkan modal, kerugian atau sebagainya.

“Apabila usahawan ingin membesarkan perniagaan mereka, mereka mula mencari bantuan lain dari kerajaan malahan kebanyakkannya pula tiada pengetahuan peniagaan yang betul terutamanya dari aspek kos, pengurusan, pemasaran, pengurusan pembekal dan sebagainya.

“Seorang usahawan mestilah mempunyai pengatahuan serta selok belok pernigaan yang penuh didada kerana cabaran akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa,” katanya.

Jelas beliau, 20 tahun dahulu kita tidak perlu menjadi orang yang bijak dalam bidang teknologi maklumat tetapi kini ianya sangat penting kepada usahawan untuk mempromosikan perniagaan malahan dengan cara ini dapat melonjak lebih 50 peratus keuntungan.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai cadangan Ahmad Maslan mengenai rombakan silibus pendidikan di sekolah dan memasukkan subjek keusahawanan yang mana dilihat tidak sesuai kerana silibus berkenaan penting untuk fasa tertentu sahaja tetapi galakan lebih penting untuk jangka masa panjang.

“Perkara tersebut tidak sesuai kerana untuk mewujudkan komuniti yang minat terhadap sesuatu perkara mereka perlu ada penglibatan dari semua pihak terutamanya ibu bapa dimana merekalah yang memainkan peranan penting.

“Sebagai contoh masyarakat Cina dimana mereka mengajar anak-anak untuk menjaga kedai atau apa-apa perniagaan sejak dari kecil,” katanya.

Tambah seorang pengusaha perkhidmatan pula, Mohd Naim berkata, rombakan silibus Pendidikan bukanlah satu keperluan kerana silibus seperti subjek Perdagangan telah sedia ada tetapi pelajar sendiri telah diberi pilihan untuk mengikuti subjek berkenaan.

“Bukan semua pelajar ingin mengikuti silibus pendidikan keusahawanan kerana minat terhadap bidang tersebut sememangnya perlu ada dalam diri masing-masing terlebih dahulu.

“Mungkin ada pelajar yang lebih meminati bidang sains berbanding perniagaan tetapi corak ekonomi atau pendapatan kini jelas menunjukkan bahawa peniagaan adalah bidang yang paling besar membuahkan hasil pendapatan pada masa kini.

Tambah beliau, usahawan sebenarnya tidak berani untuk mengambil sebarang risiko jika mengalami kurugian sehingga bergantung modal daripada kerajaan untuk memastikan pernigaan sentiasa berjalan dengan baik.

Beliau turut mengulas mnegenai statistik diperoleh Kementerian Pembangunan Usahawa yang mana menunjukkan hanya 40% daripada 1 juta syarikat didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan syarikat milik Bumiputera disebabkan oleh sikap usahawan itu sendiri.

“Sebenarnya jika kita berdaftar SSM, setiap langkah pernigaan adalah lebih baik dan selamat namun ramai antara pengusaha cuba lari dari membayar cukai dengan tidak mendaftar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");