Perak Hari Ini

Rezeki Bukan Di Tangan Kita – Presiden PAFA

IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan rasa bangga terhadap mutu perlawanan skuad The Bos Gaurus ketika beraksi menentang Kedah dalam merebut kejuaraan Piala FA, semalam.

Katanya mutu permainan yang ditunjukkan para pemain berada pada tahap yang tinggi.

“Pada saya, pasukan Perak telah berjaya mengawal perlawanan hampir 120 minit. Dan itulah satu-satunya gerakan paling bahaya daripada Kedah apabila mereka dapat menghasilkan gol,” katanya.

Selain itu beliau juga turut meluahkan rasa kekecewaan apabila Skuad kendalian Mehmet Durakovic itu gagal menewaskan lawan.

“Tentunya saya juga berasa kecewa kerana rezeki bukan di tangan kita. Walau bagaimanapun jika itulah cara permainan pasukan Perak, saya yakin akan ada banyak kejayaan lain untuk pasukan kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Ramah Mesra Antara Persatuan Pekebun Buah Limau Tambun Dengan Pemimpin di Pusat Komuniti Parlimen Tambun, di sini, hari ini.

Semalam, Kedah berjaya merebut gelaran kelima juara Piala FA selepas menundukkan Perak keputusan 1-0 pada pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan Kedah mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan pada 1996, 2007, 2008 dan yang terakhir 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");