Berita Hari Ini

Riza Aziz Dituduh ‘Cuci Duit’ 1MDB Sebanyak AS$248 juta

Riza Aziz, anak tiri Najib Razak, berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Dia tuduh menerima wang secara haram yang berpunca daripada dana 1MDB.

Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan padanya di hadapan Hakim Rozina Ayob, Riza didakwa menerima wang keseluruhan sebanyak AS$248 juta, yang disalurkan lima kali antara 2011 dan 2012.

Riza, pengasas bersama syarikat penerbit filem Hollywood Red Granite, didakwa kesalahan itu dengan menerima wang itu melalui akaun syarikatnya.

Dia dituduh bawa Seksyen Section 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Red Granite ialah syarikat yang menghasilkan filem blockbuster The Wolf of Wall Streetyang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");