Perak Hari Ini

Roadshow MyGovUC Kini Di Zon Utara

IPOH- Program Roadshow MyGovUC merupakan agenda untuk menyampaikan maklumat secara ‘komunikasi dua hala’ yang akan meningkatkan penggunaan serta tahap kesedaran pengguna tentang kepentingan dan faedah bagi semua perkhidmatan MyGovUC.

Perkhidmatan MyGovUc merupakan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan dan pernah dikenali sebagai 1GovUC yang dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran
Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Ketua Perunding ICT MAMPU, Datuk Mohd Nor Hassan berkata, projek berkenaan merupakan pendekatan untuk memperbaiki perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU kepada pelanggan melalui sistem e-mel, kemudahan ‘Skype for Bussiness’ dan banyak lagi.

“MyGovUC turut dilengkapi dengan kemudahan keselamatan yang tinggi dimana dapat menapis e-mel yang mengandungi virus malahan penghantaran datanya adalah selamat dan berada di premis kerajaan,” katanya dalam satu ucapan mewakili Ketua Pengarah MAMPU.

Tambah beliau, program utama perlaksanaan pada hari ini adalah mengenai Roadshow MyGovUc Zon Utara serta Majlis Penyampaian Garis Panduan myPortfolio kepada wakil Kerajaan Negeri dari zon utara yang hadir.

Katanya, sebelum ini telah diadakan siri jelajah roadshow di Zon Selatan, Zon Tengah, Sabah serta Sarawak dan kemudiannya beralih kepada Zon Utara yang melibatkan negeri Perak, Kedah, Perlis serta Pulau Pinang.

“Objektif pelancaran roadshow adalah untuk menjadikan MyGovUC sebagai satu platform untuk mempromosikan serta pembudayaan kepada penjawat awam di agensi kerajaan serta mewujudkan perkongsian teknologi.

“Setelah hampir tujuh tahun perlaksanaannya, pengguna MyGovUC juga telah meningkat pada setiap tahun dimana statistik pengguna telah mencapai sebanyak 320,344 jumlah pengguna berdaftar merangkumi 21 buah kementerian dan 185 agensi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");