PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan turun 11 sen mulai tengah malam ini daripada RM2.67 kepada RM2.56 seliter.
Harga RON95 dan diesel pula kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.
Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya RM2.26 dan RM2.31 seliter.
Tetapi, katanya, kerajaan tidak berbuat demikian dan anggaran subsidi yang perlu ditanggung dalam tempoh seminggu akan datang berjumlah RM90.48 juta lapor FMT.
Komen & Pendapat