Berita Hari Ini

RUU Menurunkan Had Usia Pengundi Dibaca Kali Pertama

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dibentang bagi bacaan kali pertama oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk bacaan kali kedua serta perbahasan RUU itu juga akan diadakan pada sidang kali ini yang berlangsung hingga 18 Julai ini.

Pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 daripada 222 Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Pada 19 September tahun lalu, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan itu.

Sekiranya RUU itu diluluskan, had usia mengundi 18 tahun akan dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");