Membawang Hari Ini

Safiey Ilias Tak Mengaku Salah Cederakan Instafamous

Harian Metro hari ini melaporkan, usahawan kosmetik, Safiey Ilias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan kecederan parah terhadap seorang ‘Instafamous’ dikenali sebagai Baby Ara, Januari tahun lalu.

Safiey membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tawfiq Affendy Chin.

Menurut pertuduhan, Safiey didakwa telah menyebabkan cedera parah ke atas Farahnazikha Karab Hussain, 25, di sebuah restoran di Jalan Liew Wen Chee, Kuala Lumpur, pada 1.30 pagi, 15 Januari tahun lalu.

Tertuduh yang juga penyanyi Syinta Gila didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya B Rajdeep Singh menawarkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, Safiey yang diwakili peguam Harjeet Singh Sindhy memohon jumlah ikat jamin dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan kes.

Mahkamah membenarkan Safiey diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");