Berita Hari Ini

Saksi: SRC, Anak Syarikat Tak Pernah Buat Laporan Dana Dicuri

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd Suboh Md Yassin memberitahu Mahkamah tinggi bahawa SRC International Sdn Bhd mahu pun anak syarikatnya, Gandingan Mentari tidak membuat laporan berhubung dana dicuri daripada akaun syarikat.

Saksi pendakwaan ke-42 itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram pada hari ke-33 perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Sithambaram: Daripada apa yang kami tunjukkan kepada anda, transaksi antara 2014 dan 2015 dan melibatkan ratusan juta ringgit. Adakah SRC International atau Gandingan Mentari membuat sebarang laporan mengenai dana dicuri daripada akaun?

Suboh menjawab: “tidak.”

Sithambaram: Adakah anda tahu sama ada SRC atau Gandingan Mentari mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap bank di atas pemindahan yang salah?

Sithambaram: Dari semua bentuk transaksi yang ditunjukkan kepada anda, adakah anda nampak apa-apa wang yang masuk ke akaun Nik Faisal Ariff Kamil?

Suboh: Tidak.

Sithambaram: Ada dana masuk ke akaun anda?

Suboh: Tidak.

Kepada soalan lain, Suboh berkata kemasukan Artikel 117 ke dalam artikel SRC International berhubung pelantikan penasihat emeritus mengubah syarikat itu.

“SRC International bukan lagi syarikat biasa selepas artikel itu dimasukkan. Kemasukan Artikel 117 itu mengubah kedudukan. Artikel itu… anda perlu, untuk beroperasi, mendapatkan arahan daripada siapa sahaja yang duduk di sana.

Sithambaram: Siapa penasihat emeritus ini?

Suboh: Beliau perdana menteri ketika itu.

Sithambaram: Dan untuk rekod, siapa perdana menteri ketika itu?

Suboh: Datuk Seri Najib.

Najib, 66, menghadapi 3 pertuduhan pecah amanah, 1 pertuduhan salah guna kuasa dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");