Panasnya Hari Ini

Saya Tak Pertahan Azmin Dalam Isu Video Seks Gay, Kata Dr M

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali yang menjadi sasaran dalam isu video seks sejenis.

Perdana menteri berkata, beliau tidak akan terjerat dalam perangkap politik kotor didalangi pihak tertentu yang cuba mempergunakannya untuk mencapai matlamat mereka.

“Ini (skandal video seks sejenis) dirancang dan saya dijadikan ejen untuk menjayakan rancangan itu.

“Saya tidak mempertahankannya (Azmin). Saya hanya kata politik kotor sebegini tidak akan menjerat saya,” katanya selepas melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini.

Terdahulu, Mahathir melalui catatan di blognya hari ini berkata, video seks sejenis yang menyasarkan Azmin bermotifkan politik dan bertujuan memberi tekanan kepadanya untuk memecat timbalan presiden PKR itu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu dilaporkan berkata, beliau tidak akan membenarkan dirinya dipergunakan untuk menyingkirkan Azmin.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, wujud “pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin parti politik” untuk mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

Hari ini, Mahathir berkata, klip video seks sejenis yang tersebar sejak bulan lalu itu sengaja dihasilkan untuk menjatuhkan seseorang lapor FMT.

Katanya, mereka yang membikin dan menyebarkan video seks sejenis itu perlu dihukum kerana “ini bukan jenis politik yang kita mahukan”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");